APA AKAN
TERJADI JIKA ANDA MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASALAM
?
1.
Anda
mendapat gelaran manusia yang taat kepada Allah kerana melaksanakan
perintah Allah , iaitu perintah berselawat untuk Rasulullah.
2.
Anda
pada kedudukan selari dengan Allah iaitu Allah berselawat ke atas Nabi anda
juga berselawat ke atas Nabi. (Selawat Allah untuk nabi ialah pujian Allah ke
atas Rasulullah, Allah menyebut kehebatan Rasulullah di sisi malaikat yang
rapat dengan Allah). (Selawat anda untuk Rasulullah ialah doa dan permintaan
yang anda panjatkan kepada Allah agar Allah menyebut kehebatan Rasulullah di
dalam majlis bersama malaikat yang mulia)
3.
Allah
akan berselawat 10 kali untuk anda. (Selawat Allah untuk anda bermaksud memberi
rahmat, meredhai anda dan menyebut kebaikan anda di sisi malaikat).
4.
Malaikat
akan berselawat 10 kali untuk anda. (Selawat malaikat kepada anda
bermaksud membacakan istighfar (keampunan) untuk anda)
5.
Allah
tugaskan satu malaikat untuk menyampaikan selawat yang anda baca kepada Rasulullah.
6.
Allah
akan kembalikan ruh ke jasad Rasulullah, lalu baginda menjawab selawat dan
salam yang anda sampaikan untuk baginda. (Selawat Rasulullah untuk anda
bermaksudnya Rasulullah mendoakan agar anda mendapat rahmat dan keselamatan,
agar Allah menyebut kebaikan anda dalam majlis bersama malaikat)
7.
Allah
menghapuskan 10 dosa dan kejahatan anda
8.
Allah
mengangkatkan kedudukan anda dengan 10 darajat.
9.
Allah
memberikan 10 kebaikan kepada anda.
10.
Allah
menghilangkan segala kerunsingan dan kekhutiran anda
11.
Allah
mengampunkan dosa anda.
12.
Dada
anda akan terasa lapang
13.
Bila
anda mendengar nama Rasulullah disebut, anda berselawat, lalu Allah hapuskan
gelaran bakhil dari diri anda,
14.
Segala
doa anda akan dimakbulkan.
15.
Anda
bakal mendapat syafaaat (pertolongan Nabi) nabi di negeri akhirat
16.
Anda
boleh berada dekat dengan Rasulullah di hari kiamat.
17.
Jika
anda miskin, selawat atas Nabi menjadi ganti sedekah yang tak dapat anda
tunaikan.
18.
Selawat
atas nabi menjadi penyebab tertunainya segala hajat anda.
19.
Selawat
atas nabi menyucikan diri anda
20.
Selawat
atas nabi menjadi penyebab anda diberikan khabar syurga sebelum anda mati.
21.
Selawat
menjadi penyelamat dari kesangsaraan hari kiamat.
22.
Dengan
berselawat anda akan teringat apa yang anda lupa.
23.
Selawat
menjadi penyebab keberkatan sesuatu majlis, mengelak kekecewaan di hari
akhirat.
24.
Selawat
mengelakkan kita dari jadi fakir
25.
Selawat
bila dengar nama nabi disebut akan mengelakkan anda terkena sumpahan Malaikat
dan Nabi yang mendoakan celaka kepada orang yang berat nak selawat atas
Nabi bila dengar nabi Nabi disebut.
26.
Selawat
menyeret anda menelusuri jalan ke syurga. Kalau tak selawat anda sesat jalan ke
syurga.
27.
Selawat
penyempurna pidato yang dimulai dengan memuji Allah dan selawat atas Nabi.
28.
Selawat
menyebabkan cahaya kekal terang benderang ketika anda melalui sirat.
29.
Anda
akan dipuji Allah di hadapan penduduk bumi dan langit. Kerana anda memohon
Allah menyebut dan memuji Rasulullah di sisi malaikat. Ganjaran yang anda dapat
sesuai dengan amalan anda.
30.
Anda
pasti mendapat keberkatan pada diri, pekerjaan, umur dan segala kebaikan.
31.
Selawat
menjadi penyebab anda mendapat rahmat.
32.
Selawat
menjadi baja yang menyuburkan memanjangkan hubungan cinta anda kepada
Rasulullah.
33.
Selawat
juga menyebabkan Rasulullah cinta kepada anda.
34.
Selawat
menjadi penyebab dapat hidayah dan memperolehi hati yang hidup.
35.
Selawat
menjadi penyebab tetapnya kaki anda ketika lalu titian sirat(tak tergelincir).
36.
Selawat
adalah tahap minima hak Rasulullah yang wajib anda tunaikan tahap minima
mensyukuri nikmat perutusan nabi.
37.
Selawat
terkandung zikrullah, syukur terhadap Allah yang mengutus Rasulullah.
38.
Selawat
bermakna doa.( permintaan untuk diri sendiri, permintaan agar Allah menambah
kemuliaan nabi Muhamad)
39.
Allah
menerima selawat ini meskipun anda berselawat dengan hati anda lalai.
40.
Rugilah
anda jika dengan satu kali selawat anda dapat 40 kebaikan ini, adakah anda
masih malas berselawat?